Peningkatan cukai beri impak ekonomi negara

Salamiah Mohd Nor
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) berkata, kerajaan mengalami peningkatan pendapatan cukai yang boleh mengakibatkan negara berdepan kerugian daripada ekonomi.

- Advertisement -

Beliau mendapati perkara itu akan memberi kesan kepada pembayar cukai oleh pelabur tempatan mahupun asing.

“Pertama mereka akan terdedah kepada pembayaran cukai tambahan atas keuntungan yang mereka perolehi daripada harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai.

“Kedua, pindaan ini mungkin menyebabkan pematuhan cukai yang lebih kompleks bagi pembayar cukai terutama dalam mengira dan melaporkan pendapatan dari harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai.

“Ketiga, pelabur tempatan akan terdedah kepada bebanan cukai tambahan atas keuntungan yang diperolehi daripada pemilikan-pemilikan harta modal di luar negara dan syer syarikat tempatan yang tidak tersenarai,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, pelabur asing mungkin menghadapi ketidakpastian dalam pelaburan mereka di Malaysia kerana pindaan itu boleh mempengaruhi keuntungan dan pulangan pelaburan mereka.

“Pelabur asing juga mungkin perlu menilai semula strategi pelaburan mereka di Malaysia untuk mengambil kira implikasi cukai yang baru,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -