Penduduk boleh mohon semula TOL

Seorang jemaah mengambil peluang beramah mesra dengan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.
- Advertisement -

PADANG BESAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mengumumkan kepada penduduk negeri ini bahawa mereka berhak memohon semula tanah yang berstatus Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

- Advertisement -

“Tuan-tuan yang duduk di atas tanah berstatus TOL boleh buat permohonan semula. Tuan-tuan boleh terus berurusan di Pejabat Tanah dan Galian,” katanya pada Program Solat Terawih Menteri Besar dan Yang Berhormat (YB) Bersama Rakyat peringkat Parlimen Padang Besar, semalam.

Ujarnya lagi, permohonan TOL sebelum itu ditutup kerana faktor lambakan hampir 20,000 permohonan.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Ustaz Muhammad Azmir Azizan; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan, Razali Saad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping, Saad Seman.

Program tersebut menghimpunkan sekitar 500 jemaah.

Selain itu, majlis turut meraikan kanak-kanak yang berjaya hadir solat lima waktu sepanjang tempoh program Hayya ‘ala Solah di masjid tersebut.

Turut diadakan, majlis penyampaian anugerah khas daripada jawatankuasa masjid kepada seorang orang kelainan upaya (OKU) yang istiqamah hadir ke masjid. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -