Industri songket semakin ‘mendung’

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Industri songket dilihat semakin mendung ketika ini, kata Senator Hussin Ismail.

- Advertisement -

Menurutnya, perkara itu berlaku berikutan dari harga yang tidak kompetitif dan kesukaran pasaran.

“Kalau dulu dalam kampung saya  hampir separuh daripada wanita dalam kampung adalah penenun songkit, teapi sekarang nak cari seorang pun dah tak ada.

“Sebab memang pasti isu besar harga yang tak kompetitif dan mereka buat pun mereka tak dapat nak buat jualan,” katanya ketika mencelah sesi ucapan penggulungan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan di Dewan Negara, hari ini.

Katanya lagi, sungguhpun songket negara berkualiti namun kemasukan songket dari India menyebabkan permintaan terhadap industri itu berkurangan.

“Kalau nak banding isu kualiti memang jauhlah kita kata songket yang dibuat secara tradisi di negara kita ni sangat berkualiti.

“Tapi apabila songket khususnya daripada India masuk maka kita lihat realitinya memang sangat ‘mendung’ industri songkit khususnya saya sebut di Terengganu, saya harap kementerian boleh beri pemerhatian yang lebih serius,” ujarnya.

Menjelaskan perkara itu, Khairul Firdaus berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berkaitan perkara itu demi kebaikan mereka.

“Setiap pandangan kita akan ambil tindakan bagi memberi manfaat kepada usahawan di Jabatan Kraf, insya-Allah,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/3/2024

- Advertisement -