Tahniah buat Prabowo Subianto

- Advertisement -

PAS merakamkan ucapan tahniah buat Prabowo Subianto kerana telah disahkan memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia (PEMILU) 2024  dan bakal menjadi Presiden Republik Indonesia yang baharu menggantikan Joko Widodo setelah tamat penggalnya kelak.

- Advertisement -

Didoakan agar Prabowo Subianto kelak mampu memacu dan memimpin Republik Indonesia ke arah lebih baik dan berjaya dalam usaha untuk membina sebuah negara yang aman dan sejahtera.

Adalah menjadi harapan kelak agar hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo Subiantio sebagai Presiden Republik Indonesia, seterusnya mampu membuka dimensi dan keakraban baharu dalam usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara demi manfaatkan serumpun mahupun serantau.

“ADIL, PRIHATIN DAN BERKEBAJIKAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 13 Ramadan 1445 / 24 Mac 2024 – HARAKAHDAILY 24/3/2024

- Advertisement -