Hina agama: Ambil tindakan tegas – Tuan Ibrahim

Dato' Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas dan serius perlu diambil ke atas individu dan pihak yang melakukan penghinaan terhadap mana-mana agama serta tidak boleh dipandang mudah.

Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkata, sentimen penghinaan sebegitu wajar dibendung tidak mengira terhadap mana-mana agama pun demi keselamatan negara.

- Advertisement -

“Mana-mana pihak menghina agama lain pun merupakan satu tindakan yang perlu kita tegaskan dan harus ditangani. Serta tindakan kita bukan hanya bila ada satu pihak yang membuat salah tiba-tiba ada pihak yang membela dan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

“Untuk Islam, Nabi SWT berpesan bahawa janganlah kamu menghina Tuhan mereka nanti mereka akan hina Tuhan kamu,” katanya semasa mengambil bahagian berucap dalam perbahasan Rang Undang-undang Polis (Pindaan) 2024 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab celahan Dato’ Rasol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai isu campur tangan pihak terbabit mengenai penghinaan agama ketika perbahasan tersebut.

Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) turut mencelah perbahasan beliau itu menyatakan tidak wajar perkara itu diteruskan sedangkan pihak terbabit telah memohon maaf dan patut dimaafkan lebih-lebih lagi di bulan mulia kini.

Namun dibalas Tuan Ibrahim agar semua pihak mendukung titah Yang di-Pertuan Agong supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu.

“Tak kan (selesai) setiap kali buat, mohon maaf. Buat lagi, mohon maaf lagi. (Lepas itu) buat lagi, mohon maaf lagi. Tindakan tegas mesti diambil,” ujarnya mendapat tepukan Ahli-ahli Dewan. – HARAKAHDAILY 21/3/2024

- Advertisement -