Negara tua: Jaga kebajikan pesara penjawat awam

Datuk Awang Hashim
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu merancang khusus terhadap tanggungan pencen, elaun bersara dan ganjaran sebagai penyelesaian tuntas untuk menjamin kebajikan pesara penjawat awam terutama dalam negara berdepan dengan cabaran aging nation (negara tua) pada masa hadapan.

- Advertisement -

Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berkata, ini berikutan pertambahan sebanyak RM2.115 bilion oleh kerajaan untuk menampung perbelanjaan pencen ganjaran persaraan dan bayaran gantian cuti rehat (GCR).

Beliau mengemukakan perkara tersebut semasa mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2023) 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

“Isu ini tidak boleh dinafikan adalah hal yang cukup sensitif kerana ia melibatkan hal kebajikan dan kelangsungan pesara penjawat awam yang berbakti kepada negara sehingga mereka pencen berpuluh tahun.

“Termasuk YB Datuk Speaker jugalah pencen kerja dengan pegawai polis beberapa puluh tahun berkhidmat itu jasanya menjaga keselamatan kita semua rakyat termasuk menjaga kita daripada diganggu gugat oleh komunis. Ini jasa polis yang besar yang kita perlu hargai,” ujar beliau.

Sebab itu menurut beliau, pencen serta gaji polis perlu diberi perhatian khusus supaya mereka dapat meneruskan kehidupan selepas pencen.

“Jadi apabila kita melihat pada pembentangan pada kali ini iaitu kali pertama disebut di sini Jadual Anggaran Perbelanjaan Persekutuan Tambahan Pertama 2023. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga timbalan itu, ada lagikah tambahan nak buat ni?

“Sebut pertama, mungkin yang kedua, ketiga, keempat. Kira nak tambah je ni. Jangan buat bajetlah kalau macam itu. Buat, buat bajet tambahan saja,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -