Muktamadkan tunggakan petroleum Kelantan, Terengganu

Syahir Sulaiman
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa agar segera membuat pembayaran dan memuktamadkan tunggakan tunai petroleum kepada Kelantan dan Terengganu.

- Advertisement -

Menurut Syahir Sulaiman (PN-Bachok), pada hujung Disember tahun 2023 Kelantan telah menerima sebanyak RM217 juta iaitu kurang RM127 juta berbanding 2022.

Manakala, Negeri Terengganu sehingga Oktober tahun lalu hanya menerima sebanyaj RM510 juta berbanding RM1.5 bilion dalam belanjawan malah ianya masih tertunggak sehingga Disember 2023 dan masih belum dimuktamadkan sehingga kini.

“Menjadi tidak munasabah kerana ada pemberian tunai kepada negeri yang bernaung di bawah Persekutuan masih tertunggak dan tidak dimuktamadkan.

“Walau apapun alasannya, dalam konteks belanjawan tambahan Persekutuan yang kita sedang bahaskan hari ini, adalah tidak munasabah masih ada pemberian tunai kepada negeri yang bernaung di bawah Persekutuan, masih tertunggak dan tidak dimuktamadkan.

“Sempena bulan yang mulia ini, di Dewan yang mulia ini, mewakili 1.8 juta rakyat Kelantan dan 1.2 juta rakyat Terengganu, Bachok mohon tunggakan pembayaran tunai ini dimuktamadkan, dan dilunaskan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbelalan Tambahan 2023, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan  perlu berdisiplin dalam berbelanja dalam masa yang sama kos sara hidup rakyat juga perlu diringankan.

“Justeru itu juga, pemberian tunai petroleum yang tertunggak kepada Terengganu dan Kelantan hendaklah dilunaskan.” katanya. – HARAKAHDAILY 19/3/2024

- Advertisement -