Umat Islam wajar boikot KK Mart – UMMAH

Langkah KK Mart memasarkan stoking dengan Kalimah Allah pada bulan Ramadantelah mencalar perasaan umat Islam di negara ini. (FOTO: Yazir akram Binjai)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian runcit serbaneka KK Mart di Sunway, sepatutnya telah  dikawal pada peringkat awal kerana dipercayai stoking itu diimport dari negara luar.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa atau mesra dikenali sebagai Cikgu Zai berkata, pihak berwajib harus memeriksa kemasukan barang ke negara Malaysia terlebih dahulu. 

“Mereka ini perlu ditahan dari peringkat awal lagi daripada kemasukan stoking itu ke dalam negara kita.

- Advertisement -

“Perbuatan dan tindakan pihak-pihak tertentu yang telah mencetak dan menjual stoking yang berlambang kalimah Allah ini adalah isyarat yang membawa satu penghinaan kepada umat Islam di negara kita,” katanya.

Menurutnya, seperti yang diketahui umum  bahawa kalimah Allah adalah satu nama yang suci dan tidak boleh dimainkan, dihina atau diperkotak-katikkan, baik oleh umat Islam sendiri mahuoun orang bukan Islam.

“Sebelum ini pun berlaku satu claim daripada beberapa individu daripada  agama lain yang ingin menggunakan kalimah Allah. Kalimah Allah ini memang sudah diketahui umum adalah nama yang suci agama Islam,” tegas Cikgu Zai.

Kerajaan perlu tangguh, batalkan lesen

Menurut beliau, mereka yang terlibat dalam isu ini yang berurusan dengan perniagaan, kerajaan mesti menangguhkan lesen atau sehingga ke satu tahap dengan membatalkan lesen perniagaan sehingga pihak kerajaan berpuas hati dengan penjelasan atau sebab-sebab bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan penghinaan terhadap agama suci Islam ini.

“Pihak KK Mart yang beragama Islam juga, sepatutnya lebih mengambil perhatian atau mengambil tindakan awal dengan memeriksa kemasukan barang atau menasihati pihak KK Mart untuk tidak mempamerkan barang-barang yang menyentuh sensitiviti agama.

“Ramai pihak perlu mengambil langkah awal untuk mencegah perkara ini. Jangan sampai sudah tersebar luas baru diambil tindakan dan meminta maaf atau mengaku kesilapan.”

“Saya kira, perkara ini adalah satu proses yang tidak prihatin dan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sedang menjalankan ibadah Ramadan,”  katanya lagi.

Tindakan wajar boikot KK Mart

Oleh sebab itu, ujar beliau, amat  wajar umat islam mula membuat tindakan yang sepatutnya kepada pihak-pihak tertentu dengan memboikot KK Mart. 

“Tindak balas ini sudah berlegar di ruangan media sosial sejak seminggu lalu yang telah memuat naik poster-poster memboikot dan ini telah memberi kesan besar kepada perniagaan mereka.

“Perkara ini bukan sengaja tetapi seolah-olah disengajakan untuk menimbulkan keadaan yang tidak harmoni dalam kalangan orang Islam dan orang bukan Islam,” tegas beliau lagi.

Dalam Islam, perbuatan menghina agama ini adalah perbuatan yang sangat besar kesalahannya dan perlu ada tindak balas yang memberi pengajaran kepada mereka yang menghina agama Islam.

“Dalam perlembagaan negara kita juga, tidak dibenarkan menghina agama lain kerana ada kesan dan akibatnya.

“Saya harap, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif dan bertanggungjawab bagi mengelak perkara sebegini berlaku lagi.

“Nasib baik, negara kita adalah negara yang menghormati undang-undang kerana kalau di negara lain, akan berlakunya pembakaran kedai atau sebagainya. Ini lagi bahaya dan boleh dikategorikan sebagai ekstremis,” ujarnya. 

“Sepatutnya, bulan Ramadan, tambah Cikgu Zai, umat Islam menyambut dengan gembira dan penuh barakah. 

“Kita mengharap bulan Ramadan ini juga memberikan kegembiraan kepada bukan Islam kerana bulan Ramadan ini banyak input-input positif umat Islam yang boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam. 

“Antaranya dengan beramah mesra, mengikat persahabatan di antara orang Islam dan orang bukan Islam. Bukannya memberi kekecohan dalam isu-isu yang terkait agama, bangsa dan tanah air,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/3/2024

- Advertisement -