Langkah atasi isu kartel pemerdagangan manusia

Ustaz Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam membanteras sindiket/kartel jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di Malaysia yang melibatkan mana-mana orang yang diperdagangkan dalam kalangan rakyat tempatan, warga asing mahupun golongan rentan.

- Advertisement -

Menurut KDN, antara usaha berterusan yang dilaksanakan dalam membanteras sindiket/kartel pemerdagangan orang ialah mengenal pasti sindiket yang menjadi dalang terutamanya ejen pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di negara ini.

Di samping itu, katanya memperkasa penguatkuasaan bersepadu dan mekanisme penyelarasan pelbagai agensi penguatkuasaan dan sumber daya untuk meningkatkan kesan dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Selain itu, jelasnya pihak KDN menjalankan siasatan komprehensif bagi menghasilkan pendakwaan agar mendapat kesan deterrence kepada sindiket dan melaksanakan sesi libat urus dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan.

“Meningkatkan kesedaran awam dan tahap kefahaman pelbagai lapisan masyarakat, termasuk di kawasan luar bandar mengenai modus operandi sindiket jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran,” ujar KDN dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Ustaz Kamal Ashaari [PN-Kuala Krau] di Dewan Rakyat, semalam.

Ustaz Kamal menerusi soalannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan usaha kerajaan bagi mengatasi isu kartel pemerdagangan manusia yang melibatkan golongan pelarian di Malaysia. – HARAKAHDAILY 13/3/2024

.

.

- Advertisement -