Tingkat prasarana di lokasi tumpuan pelancong

Datuk Kamarudin Md Nor
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan mempertingkatkan infrastruktur di lokasi tumpuan pelancong termasuk Air Terjun Jelawang di Dabong dan Gunung Reng, Jeli.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, selain itu akan diadakan pelbagai program termasuk berakit di lokasi terbabit.

Tambahnya, turut dicadangkan pertandingan bola sepak empat penjuru peringkat ASEAN yang membabitkan empat negara.

“Program di peringkat antarabangsa seperti itu wajar diadakan sebagai usaha untuk memperkenalkan Kelantan ke seluruh peloso k dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan Ucapan Menjunjung Kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, petang semalam.

Ujarnya juga semua cadangan wakil rakyat akan diteliti lebih terperinci bersama agensi dan pihak terbabit untuk penambahbaikan destinasi pelancongan menarik.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Dewan yang mengemukakan cadangan untuk kebaikan portfolio pelancongan.

“Saya juga menyeru semua pihak memberi kerjasama padu bagi menjayakan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2024 kerana ia merupakan sektor penting untuk merancak ekonomi Kelantan,” ujarnya.

Menurutnya, sektor pelancongan merupakan industri yang mampu menjana ekonomi negeri serta rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -