Kelantan pastikan kehidupan Orang Asli sentiasa terbela

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sentiasa memastikan kehidupan penduduk Orang Asli di pedalaman Kelantan sentiasa terbela dengan mengagihkan pelbagai bantuan kepada mereka.

- Advertisement -

Mereka juga menerima bantuan skim beras al Itaam, Takaful Kifaalah, dividen Ladang Rakyat dan pelbagai lagi. 

Malah sehingga sekarang sebanyak 10 kampung Orang Asli telah diwartakan yang membabitkan kawasan seluas 3,149.652 hektar sejak tahun 2012.

Kawasan terbabit iaitu Pos Jedid, Sungai Rual, Pos Blau, Kuala Wook, Kuala Lah, Kampung Mengrod, Kampung Perlug, Tuel, Galang (Pos Hau), Kelaik (Pos Blau) dan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kuala Betis. 

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri juga memberi geran tanah 138 lot rumah di RPS Kuala Betis dan di beberapa kampung di Mukim Nenggiri.

Selain itu, jelasnya tujuh hak milik tanah ladang diberi kepada Yayasan Amanah Tok Kenali melibatan kawasan seluas 2,022 hektar untuk kepentingan masyarakat Orang Asli.

“Kemudahan tersebut khusus untuk Orang Asli. Malah mereka juga mendapat peruntukan lain,” katanya pada persidangan DUN Kelantan, petang semalam.

Menurutnya lagi, penduduk Orang Asli mendapat peruntukan khusus daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -