Ladang Rakyat ambil tindakan syarikat langgar perjanjian

Dato' Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Syarikat yang menjalankan kerjasama pembangunan ladang dengan Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat berdepan masalah kekurangan buruh kesan daripada pandemik Covid-19. 

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika itu menyebabkan pemaju menghadapi kekangan tenaga kerja.

Ekoran itu katanya, Perbadanan Ladang Rakyat mewujudkan task force seperti yang disaran Jabatan Audit Negara bagi mengambil tindakan terhadap syarikat yang didapati melanggar perjanjian.

“Terdapat tiga syarikat dalam proses diambil tindakan pembatalan perjanjian, manakala sebuah syarikat telah dibatalkan perjanjian,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, petang semalam.

Sebelum itu, Adun Galas daripada BN, Mohd Syahbuddin Hashim mendakwa 12 syarikat gagal memajukan ladang menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menyalur peruntukan RM5.6 juta.

Menteri Besar berkata, dakwaan adun terbabit tidak tepat menyimpang apa yang sebenar berlaku.

Menurutnya lagi, Perbadanan Ladang Rakyat turut mengadakan kerjasama dengan Felcra Berhad bagi mengusahakan beberapa ladang di Gua Musang. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -