Tindakan ADN Selat Klang khianati mandat rakyat

Dato' Dr Halim Tamuri
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari telah mengkhianati mandat rakyat yang telah mengundi beliau atas tiket PERIKATAN NASIONAL.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri berkata demikian susulan Abdul Rashid dalam kenyataan semalam telah menyatakan sokongan sokongan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Katanya, Abdul Rashid merupakan wakil rakyat terbaharu dari Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, ujarnya enam Ahli Parlimen Bersatu telah menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Labuan, Dato’ Indera Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dato’ Dr. Zulkafperi Hanapi; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Dato’ Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.

Beliau yang juga AND Paya Jaras menegaskan PAS dan Perikatan Nasional (PN) mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan Abdul Rashid.

“Oleh yang demikian, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai ADN dan memberikan semula mandat kepada rakyat,” tegasnya. – HARAKAHDAILY  7/3/2024

- Advertisement -