Terbuka Perancis 2024: Zii Jia tewas mengejut

Lee Zii Jia tumpas awal di Kejohanan Terbuka Perancis 2024. (FOTO: Sinar Harian)
- Advertisement -

PARIS: Peminat-peminat badminton di negara ini terus dibelenggu kesedihan dan kekecewaan apabila kem badminton Malaysia terpaksa pulang awal apabila tewas pada pusingan pertama Kejohanan Terbuka Perancis 2024 yang berlangsung di Adidas Arena.

Kekecewaan bermula apabila pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia tewas mengejut kepada pemain kidal dari Denmark, Magnus Johannesen menerusi straight set 15-21, 19-21.

- Advertisement -

Pemain ranking ke-10 itu ditumpaskan dalam masa 41 minit oleh Johannesen yang menduduki ranking ke-33 dunia. Kekalahan ini agak mengejutkan kerana pada tahun lalu, Zii Jia pernah menewaskan Johannesen menerusi straight set 21-11, 21-5 di Kejohanan Terbuka Jerman.

“Saya mungkin sedikit tidak sabar dan menyebabkan saya telah melakukan banyak kesilapan,” ujar Lee Zii Jia yang kecewa dengan kekalahannya itu.

Selain itu, pemain beregu wanita turut mengalami nasib yang sama apabila gandingan Pearly-Thinaah tewas menerusi rubber set 21-18, 16-21, 12-21 kepada pasangan dari China, Zhang Shuxian-Zheng Yu.

Beregu wanita Vivian-Chiew Sien pula tewas kepada pasangan dari Australia, Setyana Mapasa-Angela Yu menerusi straight set 15-21, 15-21. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -