Jom Shopping: Perlu penyelaras di kawasan pembangkang

Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi
- Advertisement -

SHAH ALAM: “Kita memerlukan penyelaras untuk melibatkan lebih banyak rakyat di kawasan pembangkang dalam menyertai Program Jom Shopping ini,” kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

- Advertisement -

Menurutnya, sebahagian daripada penduduk di kawasannya diikuti dengan sesetengah kawasan pembangkang yang lain berasa kecewa kerana tidak dapat menyertai program tersebut.

Menurut beliau, permasalahan sebegitu berpunca daripada kekurangan penyelaras dalam menguruskan program tersebut.

“Soalan saya, bila penyelaras ini akan dilantik dan apa yang kita boleh bantu sekarang ialah program yang banyak Back To School, dan sebagainya yang memerlukan juga secara fizikal untuk kita di peringkat sebelah ini untuk bantu program-program kerajaan?” katanya yang mengemukakan soalan pada persidangan Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Papparaidu Veraman tidak menafikan berlaku masalah tersebut ketika memberikan voucher Deepavali dan Tahun Baru Cina.

Namun begitu kata beliau, seorang penyelaras telah dilantik di Kuala Langat yang mana dia telah mengedarkan voucher-voucher tersebut di kawasan Sijangkang.

Katanya, Dr. Ahmad Yunus boleh menghubungi beliau sekiranya terdapat sebarang masalah mengenai isu tersebut.

“Penyelarasan telah pun berada di peringkat terakhir yang mana mungkin dalam beberapa minggu akan datang penyelaras-penyelaras itu akan dilantik oleh Pejabat Menteri Besar, mungkin ada masalah seperti mana yang berlaku dahulu,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/3/2024

- Advertisement -