MP PN sokong PM masih duduk di blok pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Blok pembangkang telah meminta pencerahan berhubung perubahan tempat duduk Ahli Dewan yang berlaku sedikit penyusunan semula atas permohonan telah dibuat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

- Advertisement -

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) dengan merujuk Peraturan Mesyuarat 2(2) dan 2(3) secara khusus menujukan khusus mengenai kedudukan kerusi Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang).

Juga Kapt (B) Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang masih berada dalam kedudukan bersama blok Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) lain berdasarkan pelan terbaharu diluluskan Yang di-Pertua Dewan.

“Sebagai Ketua Whip PN pada 21 Februari 2024 sebelum persidangan semalam saya telah menulis surat kepada YB Tan Sri Yang di-Pertua melalui tuan Setiausaha Dewan Rakyat untuk memohon bagi pihak PN membuat perubahan tempat duduk.

“(Iaitu) kepada seramai lapan orang Ahli Parlimen PN dan saya ucap terima kasih kerana YB Tan Sri telah meluluskan perkara ini. Yang menjadi kemusykilan kami pada hari ini, terdapat dua orang Ahli Parlimen yang sehingga ke saat saya bercakap ini masih lagi di ‘classified’ sebagai Ahli Parlimen PN berdasarkan pelan dalam kedudukan ini.

“Dengan rendah diri saya ingin mendapat pencerahan daripada Tan Sri, arahan ataupun tindakan memindahkan mereka ke tempat itu atas asas apa, siapakah membuat apa-apa tindakan yang menyebabkan mereka ni berpindah daripada dua-dua tempat ini,” soalnya.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengakui berdasarkan peruntukan telah disebut Takiyuddin menjelaskan sebab-sebab dibenarkan perubahan tersebut di mana dalam kes kedua-dua Ahli Parlimen itu adalah atas permintaan mereka.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin dan Zulkafperi adalah antara enam Ahli Parlimen PN iaitu semuanya daripada BERSATU telah menyatakan pengisytiharan terbuka menyokong Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Laporan lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 27/2/2024

- Advertisement -