Pertanian: Terengganu antara paling harmoni

- Advertisement -

MARANG: Kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan yang berlangsung dalam keadaan harmoni adalah kunci kejayaan pertanian di Terengganu.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim menyifatkan warga pertanian di negeri ini sangat unik sejak penggal lepas.

“Saya dapat maklum balas daripada beberapa orang pengarah jabatan yang pernah berkhidmat di negeri lain yang datang ke Terengganu, mereka kata dari segi kesepaduan dan keharmonian, di Terengganu agak istimewa berbanding negeri lain terutamanya yang melibatkan hubungan di antara jabatan dan agensi pusat bersama dengan kerajaan negeri.

“Tidak keterlaluan kalau saya kata khususnya di negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan yang tidak sama di antara negeri dan persekutuan, Terengganu antara yang paling harmoni,” ujarnya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Amanat dan Perhimpunan Bulanan Anggota Bulan Februari bagi Tahun 2024 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu di Dewan Terbuka Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Payong, di sini.

Turut hadir, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Hasmila Abas.

“Maknanya suasana boleh berbincang dan beramah mesra, saya tengok ini sebenarnya antara kunci kenapa sektor pertanian Terengganu dalam satu tempoh yang agak singkat kita boleh buat banyak perubahan dan mencapai kejayaan,” katanya yang juga ADUN Jabi. – HARAKAHDAILY 26/2/2024

- Advertisement -