Kemesraan Sanusi dan Tunku Ismail curi perhatian warganet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Video pendek hubungan mesra antara Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendapat perhatian warganet.

- Advertisement -

Video dimuat naik melalui akaun TikTok Pegawai Media Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid itu mendapat jumlah tontonan sekitar 602,000, dengan 37,000 suka dan 1,250 komen setakat pagi ini sejak ditular malam tadi.

Hubungan mesra kedua-dua pemimpin itu kelihatan begitu harmoni walaupun mereka dikenali umum sebagai ‘seteru’ dalam dunia bola sepak negara yang agak panas sebelum ini. 

Tunku Ismail merupakan pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), sementara Sanusi pula adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Kebanyakan warganet memuji sikap profesional kedua pemimpin itu kerana masing-masing mengenepikan kepentingan diri di majlis terbuka.

Momen itu diabadi ketika keduanya bertemu sempena Majlis Raja-raja di Istana Negara, Rabu kelmarin. – HARAKAHDAILY 23/2/2024

- Advertisement -