Sambutan Tahun Baru Cina eratkan perpaduan kaum

Asrul Aimran (duduk, kanan) meluangkan masa menyantuni masyarakat Tionghua di DUN Kayang, Kangar Perlis sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024.
- Advertisement -

KANGAR: Kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina turut dirasai dalam kalangan masyarakat Tionghua sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kayang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Asrul Aimran Abd Jalil berkata, walaupun ada yang kehilangan ahli keluarga, namun sambutan tetap berlangsung dengan penuh keceriaan.

- Advertisement -

“Kemeriahan tetap dirasai sungguhpun ada dalam kalangan penduduk yang kehilangan orang tersayang.

“Kepulangan anak-anak membuatkan sambutan ini bertambah meriah,”  katanya.

Sehubungan pihaknya mengambil peluang mengeratkan hubungan antara kaum menerusi penyerahan cenderahati sempena perayaan itu. 

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2024 yang disambut pada hari ini, 10 Feb, Asrul Aiman tidak lupa menghulurkan cenderahati kepada masyarakat Tionghua di ADUN Kayang.

Edaran diadakan di beberapa kawasan termasuk Kampung Guar Ujong Batu, Taman Bumita, Gunung Medan, Utan Aji, Kampung Titi Serong, dan Kampung Bangsal Lebah.

“Semoga hubungan ini akan terus memperkukuhkan toleransi dan perpaduan antara pelbagai kaum dalam masyarakat,” katanya.  HARAKAHDAILY  10/2/2024

- Advertisement -