Kerjaya Christian Horner kekal stabil selepas perbicaraan Jumaat

Christian Horner. (FOTO: Getty Images)
- Advertisement -

LONDON: Kerjaya Ketua Red Bull Formula 1 (F1), Christian Horner kekal stail selepas beliau disoal siasat oleh peguam selama lapan jam pada hari Jumaat.

Horner, 50, yang juga suami kepada anggota Spice Girls, Geri Halliwel menjawab tuduhan ‘tingkah laku tidak wajar’ oleh rakan sekerja wanitanya di Red Bull – dakwaan yang dinafikannya; dengan perbicaraan Horner berlaku di lokasi rahsia London

- Advertisement -

Red Bull bersedia untuk memperkenalkan kereta mereka untuk musim baharu Khamis (15 Feb) depan, dan terdapat desas-desus bahwa masa depan Horner diselesaikan sebelum itu. Lapor BBC Sport.

Namun,  sumber telah menunjukkan bahawa kini kelihatan sangat meragukan, dengan kemungkinan Horner menghadapi pusingan soal siasat berikutnya ketika beliau cuba membuktikan dirinya tidak bersalah.

Sememangnya, siasatan mungkin tidak dapat diselesaikan sebelum ujian pramusim bermula pada 21 Februari, dan boleh berlanjutan sehingga pusingan pembukaan di Bahrain pada 2 Mac, dan mungkin selepas itu.

Horner telah menjadi ketua Red Bull sejak pasukan itu memasuki F1, 19 tahun lalu dan merupakan bos paling lama berkhidmat di grid.

Dalam tempoh itu, beliau telah menyelia tujuh kejuaraan dunia pemandu dan enam gelaran pembina.

Red Bull telah mendominasi sukan itu dalam beberapa musim kebelakangan ini dan tahun lepas memenangi 21 daripada 22 perlumbaan, dengan Max Verstappen mencatat rekod baharu untuk 10 kemenangan berturut-turut.

Buat masa ini, Horner kekal dalam jawatannya, dan masih dijangka beliau  akan menghadiri pelancaran musim pasukan itu di Milton Keynes minggu depan.  HARAKAHDAILY  10/2/2024