Himpunan Selamatkan Syariah pertahan Enakmen Jenayah Syariah

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Himpunan Selamatkan Syariah dianjurkan atas hak menyokong Kerajaan Negeri Kelantan sebagai defendan dan menyatakan simpati serta solidariti terhadap pendirian mempertahankan Enakmen Jenayah Syariah.

- Advertisement -

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sudah tentu juga menjadi hak mereka menggerakkan atau mengajak orang ramai untuk memahami isu tersebut dan bukan dilakukan dengan terjah ke dalam mahkamah.

“Tapi menunjukkan satu solidariti untuk mempertahankan enakmen yang dirasakan dibuat secara constitution constitutional di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Itu saja, saya rasa apa yang dibuat ni adalah within the … of law of constitution,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli-ahli Parlimen PN yang diadakan di Ibu Pejabat PN, di sini petang tadi.

PN beritahu beliau menanti keputusan terhadap tindakan peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang mencabar 20 Seksyen dalam enakmen tersebut dan akan dimuktamadkan oleh sembilan panel hakim Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, esok.

Tindakan Nik Elin itu atas dakwaannya menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak kompeten untuk membuat undang-undang syariah dalam enakmen itu.

“Jadi kalau dalam Parlimen memang kita tak boleh tak boleh bercakap hal ini dianggap sebagai subjudis,” terang beliau kepada pengamal media yang hadir. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -