Buah limau dekatkan PAS dengan kaum Tionghua

- Advertisement -

BENTONG: Jabatan Pilihan raya DUN (JPrD) Ketari telah mengadakan program edaran buah limau mandarin yang dilaksanakan di sekitar DUN itu terutama di Sungai Dua, di sini semalam.

- Advertisement -

Rutin tahunan tersebut adalah sebagai meraikan masyarakat kaum Tionghua yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina, sekali gus memupuk budaya keharmonian antara penduduk pelbagai bangsa.

Seramai 50 penerima ditemui dan disantuni dalam kunjungan yang dibuat daripada rumah ke rumah bagi serahan buah limau itu di mana reaksi mereka begitu gembira dengan kedatangan rombongan PAS.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bentong, Khairuddin Abdullah yang mesra dikenali sebagai Cikgu Din mengetuai edaran itu bersama Ketua Muslimat PAS kawasan, Yusma Yusof dan bekas calon PAS DUN Ketari PRU14, Ustaz Roslan Md Esa.

Menurut Ustaz Roslan, program tersebut membuktikan bahawa masyarakat DUN Ketari tiada masalah untuk bersepakat walaupun mempunyai kepelbagaian bahasa, budaya, bangsa dan agama.

“Inilah kerendahan yang mesti diraikan dan apa yang penting kita saling menghormati dan saling membantu bersama-sama membina negara bangsa yang mempunyai prinsip dalam menyatakan kebenaran serta memperjuangkannya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -