Coretan kisah

Foto hiasan.
- Advertisement -

Salman Al Farisi merupakan Gabenor Kufah di zaman Saidina Umar al-Khattab. Di hari-hari akhir hidupnya beliau menangis. Tangisannya yang sangat kuat menyebabkan para Sahabatnya bertanya kepada beliau kenapa beliau menangis.

- Advertisement -

Beliau berkata, “Aku teringat kepada sabda kekasihku, Rasulullah S.A.W yang; “Hendaklah kamu mengambil bekalan dari dunia ini, seumpama bekalan seorang musafir. Sedangkan kita mengambil seluruh dunia ini berserta isinya”.

Mereka kehairanan kerana Salman hanyalah memiliki tiga harta;

  1. Sebatang tongkat untuk berjalan.
  2. ⁠Sehelai kain serban besar untuk hamparan kepada tetamu dan diguna sewaktu menghakimi.
  3. ⁠Sebiji cawan besar untuk minuman, berwuduk dan keperluan harian.

Para Sahabat bertanya kepada Salman Al Farisi, “Sesungguhnya kami tidak melihat apa-apa harta dunia pada kamu melainkan tiga ini sahaja. Lalu Salman menjawab, Itulah yang aku fikirkan, bagaimana akan aku jawab depan Allah terhadap tiga benda yang aku miliki ini” (Dipetik dari Buku Mutiara Tasawwuf Ibn Ataillah)

Subhanallah! Semoga apa yang kita miliki kini tidak menyusahkan kita di akhirat nanti.

DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
6 Februari 2024 – HARAKAHDAILY 6/2/2024

- Advertisement -