PASTI sentiasa di hati pembentuk generasi Islam

- Advertisement -

PASTI adalah entiti pendidikan dalam PAS yang telah tubuh sejak 1986, permulaan operasi secara rasmi pada tahun 1987 di Terengganu.

- Advertisement -

Ini bermakna sudah hampir 40 tahun badan pendidikan prasekolah ini berjuang beroperasi bagi mendidik generasi tunas anak-anak seawal umur empat tahun hingga enam tahun mengenal huruf hinggalah dengan didikan Al Quran serta akhlak Islamiah dipadu dengan amali ibadah.

Istimewanya pendidikan PASTI kerana menggabungkan ilmu orientasi duniawi dan ukhrawi. Inilah mutiara yang sungguh bernilai untuk santapan nurani dan jasadi tunas Islam umat ini.

Berbeza dengan sistem pendidikan yang lainnya hingga intipatinya menjadi role model contoh kajian ke arah melahirkan anak -anak yang seimbang dari sudut semua aspek.

Program seperti Ihtifal Alam Ria PASTI, Sukaneka PASTI antara intervensi terbaik yang telah banyak membantu perkembangan pendidikan badan ini sehingga diakui oleh pengkaji dan pakar-pakar pendidikan peringkat prasekolah.

Buktinya pengukuh sambutannya yang sentiasa mekar di jiwa pelbagai latar belakang masyarakat dari rakyat berpendidikan biasa, sederhana hinggalah masyarakat teknorat dan limuwan.

Mereka lebih memilih PASTI sebagai persinggahan anak-anak menadah pengetahuan sementara menunggu memasuki alam persekolahan rendah.

Justeru, seperti sekian tahunnya, program PASTI Kawasan Tawau yang diadakan semalam sebagaimana dijangka sambutannya sentiasa hebat dan hangat.

Berduyun sesak masyarakat khususnya ibu bapa dari seluruh pelosok bumi Tawau menerobos hingga Kunak datang bagi meraikan anak-anak didikan PASTI menerima sijil terakhir tamat pengajian Prasekolah.

Majlis tetap meriah dari pagi hingga petang dengan tiga sidang. Kebahagiaan yang membunuh kelelahan setiap insan yang hadir, dari penerima sijil hinggalah kerabat.

Saya sendiri telah memilih PASTI untuk pusat pendidikan anak-anak. Segala puji bagi Allah, natijahnya tidak lagi perlu disangkal.

Mereka mampu mengenal huruf, membaca. Tidak sekadar huruf roman, bahkan huruf Hijaiyah. Anak saya sendiri seawal enam tahun telah lancar membaca.  Alhamdulillah!

Teruskan mendidik tunas Islam. Terima kasih kepada seluruh barisan pendidik PASTI.

Jasa dan pengorbanan kalian mengerah seluruh kudrat dan kepakaran membimbing anak-anak seawal umur empat tahun, tidaklah mudah dengan jutaan ragam. Ianya pasti tidak akan disia-siakan Allah. Berbanggalah dengan pendidikan acuan Allah SWT. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -