‘Ini menggambarkan hubungan baik serta terjalin’

- Advertisement -

KOTA BHARU: Seramai lebih 1,200 orang dari pelbagai kaum telah hadir meraikan dan melihat persembahan tarian singa dan tarian naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kelantan.

- Advertisement -

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, kehadiran pelbagai kaum tanpa rasa ‘kekok’ untuk saling menyantuni membuktikan semangat perpaduan antara kaum di negeri ini.

“Kita lihat pada malam ini bukan sahaja masyarakat Tonghua, bahkan masyarakat Melayu, India, Siam dalam majlis kita.

“Ini menggambarkan hubungan baik serta terjalin, dan Insya-Allah akan kekal sampai bila-bila,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Tahun Baharu Cina Kelantan 2024 di Kota Bharu Mall (KB Mall) semalam.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim serta Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan Dato’ Yap Heng Or.

Kehadiran pelbagai kaum pada program Tahun Baru Cina anjuran KB Mall bukti rakyat di negeri ini mempunyai hubungan erat sesama mereka sejak sekian lama. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -