MB ucap tahniah, Khairul Amin catat jualan luar biasa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Dato’ Nassuruddin Daud mengucapkan tahniah diatas kejayaan usahawan anak Kelantan Khairul Amin yang telah mencipta rekod luar biasa dalam jualan yang dijalankan.

- Advertisement -

Malah menurutnya, pemilihan usahawan Khairul Amin membuka kilangnya di negeri ini telah menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri Kelantan dan Malaysia.

Katanya, kejayaan hebat ini pastinya memberi inspirasi khususnya kepada anak muda Kelantan dan untuk seluruh usahawan yang sedang berusaha keras.

“Tahniah Khairul Amin (KA) Anak Kelantan yang  telah mencipta rekod luar biasa jualan sebanyak RM1.2 juta dalam masa 3 minit 39 saat untuk 80.000 paket produk terbaharunya Dendeng Nyet Berapi.

“Moga Terus maju dan berbakti kepada negeri ini. Kejayaan hebat ini pasti memberi inspirasi,” katanya dalam ciapan laman Facebook miliknya.

Sementara itu katanya, menurut usahawan itu beliau bersama pasukannya telah mula merancang sejak setahun yang lalu lagi dengan pelbagai tindakan telah diambil sehingga ke tahap ini.

“Sungguh kejayaan tidak datang bergolek, tapi perlu usaha yang kuat dan doa berterusan demi capai cita-cita,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!