ADUN Tanjung Mas santuni pesakit terlantar akibat strok

- Advertisement -

KOTA BHARU: Nilai insaniah yang tinggi itulah yang ditonjolkan wakil rakyat Kerajaan Negeri Kelantan dalam menyantuni dan empati mereka sedaya upaya berikhtiar membantu meringankan beban masyarakat di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Rohani Ibrahim turut meluangkan masa melaksanakan ziarah mahabbah untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan terutamanya yang sedang diuji kesakitan.

Kecaknaan wakil rakyat kerajaan negeri terhadap kebajikan masyarakat bukan sekadar menzahirkan simpati namun nilai insaniah yang tinggi dan empati mereka sedaya-upaya berikhtiar membantu meringankan beban masyarakat

Suriyawati Harun, 47, yang terlantar akibat serangan strok sejak enam bulan lalu turut mendapat perhatian beliau.

Suami Suriyawati yang juga staf Urus setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) Saffuan Hamzah, 53, berkata, beliau terharu atas keprihatinan dan mengucapkan terima kasih atas kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Mas itu, pada Khamis lalu.

Keluarga Saffuan turut berbesar hati disantuni Timbalan Pengarah UPKN Razuan Awang Hamat bersama beberapa kakitangan mewakili Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) UPKN di rumahnya di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa.

Terdahulu, mereka turut menyampaikan sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga tersebut. – HARAKAHDAILY 4/2/2024

- Advertisement -