Serangan ‘luas dan mendalam’ tingkat konflik di Timur Tengah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) yang berikrar melanjutkan serangan ke atas Syria dan Iraq dilihat sedang meluaskan Perang Israel-Palestin dan meningkatkan lagi ketegangan konflik khususnya di Timur Tengah.

- Advertisement -

Rumah Putih, Pentagon dan Jabatan Negara AS yang menyifatkan serangan ‘luas dan mendalam’ itu selepas berpuluh-puluh serangan udara terhadap 85 sasaran di dua negara tersebut semalam, lapor The Guardian.

Perintah Pusat AS memberitahu, sasaran tersebut melibatkan di tujuh kemudahan iaitu empat di Syria dan tiga di Iraq menggunakan lebih daripada 125 peluru jitu, campuran dron dan pengebom B1 jarak jauh.

Mereka memberi amaran bahawa tindakan balas terhadap suspek, akan ‘berbilang peringkat’ dan berterusan selama beberapa hari, serta masih menyebabkan beberapa kejutan dalam julat dan skalanya.

Namun, seperti yang dijangkakan, tiada sasaran yang terkena di wilayah Iran dan pegawai kanan pentadbiran menjelaskan Iran berada di luar sempadan untuk sebarang serangan pada masa hadapan juga.

“Matlamat di sini adalah untuk menghentikan serangan ini. Kami tidak mencari perang dengan Iran,” ujar jurucakap keselamatan negara John Kirby dengan secara keseluruhan, tindak balas AS telah ditentu ukur untuk meminimumkan risiko konflik AS-Iran secara langsung.

Pun demikian, serangan tersebut dan rancangan serangan susulan itu digambarkan sebagai bertujuan untuk memaksimumkan kemusnahan senjata yang telah disimpan Iran di Syria dan Iraq.

Tetapi terdapat beberapa spekulasi bahawa perancang AS mungkin mengelak serangan ke atas Iraq memandangkan hubungan negara itu dengan Baghdad dan perang pernah disebabkan AS di bumi Iraq sebelum ini.

Dikatakan, Rumah Putih memaklumkan Baghdad sebelum serangan, namun seorang jurucakap tentera Iraq berkata ianya merupakan ‘serangan terhadap kedaulatan Iraq dan satu penghinaan kepada kerajaan’.

Walaupun mempertaruhkan perang dengan Iran jelas merupakan garis merah dalam perancangan tindak balas ini, risiko untuk merumitkan lagi hubungan dengan Baghdad jelas bukan penghalang.

Ia didakwa adalah kerana penilaian AS bahawa Kerajaan Iraq akhirnya tetap akan bergantung kepada tentera Amerika untuk menghalang Negara Islam Iran.

Terdahulu, serangan udara AS ke atas dua negara tersebut adalah sebagai tindak balas terhadap serangan yang mengorbankan tiga tentera di pangkalan terpencil AS di Jordan pada awal minggu ini, lapor Al-Jazeera.

“Atas arahan saya, pasukan tentera AS menyerang sasaran di kemudahan di Iraq dan Syria yang digunakan oleh IRGC dan gabungannya untuk menyerang pasukan AS,” kata Presiden AS, Joe Biden merujuk kepada Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).

Komando Pusat AS (CENTCOM) berkata, pasukan tenteranya menyerang lebih 85 sasaran di kedua-dua negara ‘dengan banyak pesawat termasuk pengebom jarak jauh yang diterbangkan dari Amerika Syarikat.

CENTCOM berkata kemudahan disasarkan termasuk pusat operasi perintah dan kawalan, pusat perisikan, tapak penyimpanan senjata dan kemudahan lain berkaitan Pasukan Quds IRGC yang mengendalikan hubungan Tehran dan mempersenjatai kumpulan serantau.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Biden bertemu dengan keluarga tiga tentera yang terbunuh dikenali sebagai William Jerome Rivers, Kennedy Sanders dan Breonna Moffett iaitu ketika mayat mereka tiba di AS.

Biden dalam turut berkata AS tidak mencari konflik di Timur Tengah atau di mana-mana sahaja di dunia, tetapi biar semua orang yang mungkin ingin mencederakan AS tahu, ‘jika anda membahayakan orang Amerika, kami akan bertindak balas’. – HARAKAHDAILY 3/2/2024

- Advertisement -