Pelajar Kias didedah dengan ilmu keusahawanan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bagi meningkatkan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (Kias), pelajar kolej berkenaan didedahkan dengan ilmu usahawan antaranya kursus asas dan bengkel keusahawanan.

- Advertisement -

Ketua Pusat Pengajian Terasnya, Farhanim Leman, berkata seramai 73 orang pelajar Ijazah Sarjana  Muda Pengajian Islam dan Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan As Syariah telah mengikuti kursus berkenaan.

“Pusat pengajian teras (PPT) Kias juga telah berjaya menganjurkan program gerai jualan mahasiswa sempena Hari Terbuka PPT pada 29-31 Januari lalu sebagai pendedahan awal sebelum terjun dalam bidang usahawan pada masa hadapan,” ujarnya.

Tambah Farhanim lagi, program tersebut dianjurkan sebagai satu platform pendedahan ilmu kepada para pelajar menimba pengetahuan, pengalaman, dan memupuk minat berkaitan keusahawanan dengan merasai sendiri suasana sebenar bidang perniagaan dan keusahawanan.

Jelasnya, berkenaan bengkel keusahawanan satu perkongsian daripada usahawan berjaya iaitu pengasas MEXBLU, Md Najmuddin Sulaiman antara slot yang disediakan.

“Melalui program ini, mahasiswa dapat menimba pengalaman dan pengetahun melalui perkongsian usahawan dalam bidang perniagaan yang dijalankan.

“Program Kitar Semula dengan gerak kerja pengumpulan pakaian terpakai  oleh pelajar-pelajar Kursus Khidmat Masyarakat juga diadakan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah kata, program sedemikian  akan dijalankan setiap tahun dengan melibatkan beberapa jabatan  lain bagi melestarikan gabung jalin ilmu.

Tambahnya, program tersebut bukan hanya melibatkan pelajar-pelajar Kias, tetapi terbuka kepada semua lapisan masyarakat. – HARAKAHDAILY 3/2/2024

- Advertisement -