Tunku Mahkota Kedah lawat Ladang Solar Terapung

- Advertisement -

KOTA BHARU: Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Ibni al Aminul Karim Sultan Sallehuddin berkenan berangkat melawat Ladang Solar Terapung Danau Tok Uban di sini.

- Advertisement -

Baginda mahu melihat dengan lebih dekat bagaimana penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) itu dapat dilaksanakan di Kedah dikenali dengan nama negeri lima tasik besar.

Rombongan kerajaan negeri itu turut diberikan taklimat mengenai projek 247,830 panel solar di kawasan tasik seluas 40 hektar oleh pihak pengurusan Cypark Resource Berhad.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, Dr. Haim Hilman Abdullah dan Mohamad Yusoff Zakaria.

Baginda seterusnya turut berangkat menaiki bot bagi meninjau dengan lebih dekat ladang solar di kawasan seluas 164 ekar dengan pemasangan 247,680 panel solar dan pelampung.

Sebuah tasik yang terletak dalam di Pasir Mas itu terkenal keindahan alam yang menjadi daya tarikan pelancong dipilih tempat pembinaan ladang solar terbesar Asia Tenggara.

Pojek yang kini sudah beroperasi sepenuhnya, bukan sahaja mampu menjana sebanyak 140,000 megawatt jam (WMh) tenaga malah mampu menjana sosioekonomi bagi masyarakat tempatan. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -