Rakyat Palestin deritai pelbagai jenis penyakit

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini termasuk di Kelantan tidak melupai nasib umat Islam di Palestin yang berterusan menderita akibat serangan ganas tentera Zionis Israel.

- Advertisement -

Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penduduk di Palestin masih diburu dan nasib mereka terbiar kerana bantuan dari luar disekat.

Katanya, sejak konflik berlaku 7 Oktober tahun lalu lebih 27,674 rakyat Palestin syahid melalui 1,745 operasi pembunuhan beramai-ramai oleh Zionis Israel.

Menurut beliau akibat keganasan tentera Zionis Israel, seramai 64,487 penduduk Palestin mengalami kecederaan.

“Serangan masih berlarutan sehingga sekarang sehingga kita mungkin sudah terlupa.

“Rakyat Palestin sengsara dan derita yang berpanjangan. Kerana itu kita perlu mendoakan keselamatan mereka, membantu mereka dengan apa cara sekalipun,” ujarnya di sini.

Beliau juga berkata, bantuan kemanusiaan termasuk makanan dan ubat-ubatan masih disekat, menyebabkan penduduk Palestin lapar dan menghidapi pelbagai jenis penyakit. – HARAKAHDAILY 29/1/2024

- Advertisement -