MP bimbang ekonomi bumiputera makin tertekan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Perjuangan ekonomi bumiputera perlu melebihi apa pun agenda politik,” kata Pengerusi Inisiatif Bina Bangsa (BINA) Datuk Wan Saiful Wan Jan.

- Advertisement -

Sehubungan itu, ujarnya tujuan pihaknya mengadakan Wacana Intelek Pembangunan Ekonomi Bumiputera hari ini adalah untuk membangunkan ekonomi warga tempatan.

Menurut beliau, perkara ituperlu dijadikan perhatian utama dan bukannya dibolot oleh ahli-ahli politik semata-mata.

“Walaupun saya merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor tetapi tujuan saya masih sama iaitu memperjuangkan pembangunan ekonomi bumiputera itu sendiri,” katanya pada wacana itu.

Kata beliau, semakin ramai ahli parlimen (MP) telah mula menunjukkan kebimbangan terhadap ekonomi bumiputera yang semakin tertekan dari semasa ke semasa.

Tambah beliau, masalah tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana boleh memberikan kesan yang buruk kepada rakyat tempatan sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

“Oleh sebab itu kami mengadakan Wacana Intelek Pembangunan Ekonomi Bumiputera di Anjung Melayu hari ini bagi membincangkan masalah ekonomi bumiputera ini.

“Lagipun ini penting supaya bukan sahaja membincangkan permasalah sebegini tetapi juga cadangan solusi yang sesuai bagi menghadapi masalah sebegini,” ujarnya.

Beliau mengharapkan perkara sebegitu diberikan perhatian bukan sahaja oleh rakyat negara ini tetapi pihak kerajaan sendiri.

Yang turut hadir pada wacana itu ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Syed Hassan Syed Ali dan Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Malaysia (GABEM) Tan Sri Dr. Abdul Rahim Thamby Chik. – HARAKAHDAILY 28/1/2024

- Advertisement -