Banjir gelombang keempat di Kelantan pulih

- Advertisement -

KOTA BHARU: Situasi banjir gelombang keempat di Kelantan pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu, Tanah Merah ditutup pagi tadi berikutan cuaca semakin baik di negeri itu sejak tiga hari lalu.

- Advertisement -

PPS terakhir itu sebelum ini menempatkan 43 mangsa di Tanah Merah, akhirnya ditutup dan kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya, namun ia menunjukkan trend menurun.

Bagaimana pun situasi banjir di Terengganu tidak banyak berubah apabila seramai 1,334 mangsa dari 389 keluarga masih ditempatkan di PPS di Dungun.

Info Bencana JKM melaporkan, Pahang pula masih terdapat 28 orang dari enam keluarga mangsa banjir yang berlindung di dua PPS di Rompin. – HARAKAHDAILY 28/1/2024

- Advertisement -