Banjir Hulu Dungun lebih teruk berbanding 2014

- Advertisement -

DUNGUN: Banjir yang melanda Hulu Dungun pada tahun ini lebih teruk berbanding tahun 2014.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, perkara itu berlaku disebabkan hujan turun tanpa henti selama dua hari berturu-turut.

“Seramai 226 orang mangsa daripada 61 keluarga di Kampung Shukor telah berpindah ke Pusat Perpindahan Sementara(PPS), manakala 199 orang mangsa daripada 69 keluarga dari Kampung Pasir Raja pada kelmarin.

“Keadaan Kampung Jongok Batu dan Kampung Rantau Panjang air telah memasuki kawasan mereka, dan sudah ada beberapa keluarga yang berpindah ke PPS,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman yang mengetuai Jawatankuasa DUN, KHIDMAT Malaysia Dungun dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) di Bilik Mesyuarat Pejabat Pusat Khidmat ADUN Bukit Besi kelmarin.

Menurut Wan Hassan, ‘Emegency Respond Team’ (ERT) telah diaktifkan sejak turun untuk misi menyelamat mangsa banjir.

“Insya-Allah Jabatan Amal Dungun akan sediakan bot mereka untuk misi bantuan menyelamat mangsa banjir untuk berpindah dan akan turut disertai Khidmat Malaysia Dungun, PADAT dan petugas sukarelawan  dalam misi ini.

“Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan kami dan urusan mangsa banjir,” ujarnya. – TRDI.my

- Advertisement -