Pameran Jabatan Amal Perlis meriahkan Hari Kantin SRIAT

- Advertisement -

PADANG BESAR: Pameran Jabatan Amal Negeri Perlis (JAMPs) mencuri perhatian pengunjung pada Hari Kantin Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT), di Beseri, hari ini.

- Advertisement -

Tujuan pameran tersebut adalah untuk memperkenalkan jabatan kepada generasi muda sejak peringkat sekolah rendah lagi.

Menurut Timbalan Pengarah JAMPs, Rafisyam Rahmat, jabatan itu tidak hanya bertanggungjawab dalam menjaga lalulintas pada setiap program PAS, tetapi juga merupakan antara tulang belakang parti tersebut.

“Antara tujuan pameran ini adalah untuk mempamerkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan seperti perkhemahan, bantuan kecemasan, bantuan banjir dan sebagainya.

“Kita juga mempunyai pelbagai uniform yang bersesuaian dengan aktiviti yang disertai antaranya uniform pegawai, tugasan operasi dan tugasan awam,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga turut diadakan, termasuk suppa duppa, gerai jualan, mini zoo, bas robotik, memanah, berkuda, spa, mewarna, pameran agensi, dan lain-lain.

Tapak pameran jabatan itu menarik minat orang ramai dari pelbagai peringkat umur, termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), dan pimpinan PAS negeri. – HARAKAHDAILY 27/1/2024

- Advertisement -