EPIC taja projek penternakan madu kelulut

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Projek penternakan madu kelulut ketiga ditaja oleh Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (Kumpulan EPIC), di Kampung Gong Gemuruh, Paka, Dungun.

- Advertisement -

Ketua Pegawai Operasi EPIC Berhad, Muhtar Suhaili As-Sarawaki, berkata, pihaknya komited untuk meneruskan program-program tanggungjawab sosial korporat atau corporate social responsibility (CSR).

“EPIC Berhad merupakan antara penaja utama Terengganu Cycling Team (TSG), Terengganu FC (TFC) dan Terengganu Hockey Team (THT) selain pelbagai inisiatif CSR yang lain.

“Semoga EPIC Berhad dan semua anak syarikat akan lebih cemerlang pada tahun 2024,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata, seramai 40 peserta telah terlibat dalam program penternakan madu kelulut berkenaan.

“Turut hadir pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bagi kursus Business ethics, sustainability and responsibility (UBSS6023), AHIBS, UTM. Ia juga merupakan satu program environmental, social, and governance (ESG),” katanya.

Hadir sama pada program, mewakili Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS) UTM, Prof. Madya Dr. Zalina Abdul Salam, Group CEO EPIC Berhad, Ridzuan Ali, Ahli Lembaga Pengarah KPKSB & SSSB, Shamsul Bahari Serkawi dan Pengurus, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan EPIC, Hazle Hazumi. – HARAKAHDAILY 27/1/2024

- Advertisement -