Arab Saudi benar arak: Isyarat kejahatan bakal tersebar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi selepas mengejutkan dunia dengan penganjuran konsert sebelum ini, terbaharu membenarkan pula penjualan arak kepada diplomat bukan-Islam, kelmarin.

Putera Mahkota Saudi, Mohamad Salman memaklumkan perkara tersebut selepas 70 tahun penjualan alkohol diharamkan di negara tersebut dan selepas genap 8 tahun beliau mengumumkan ‘Visi Saudi 2030’.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nushi Mahfodz berkata, alasan digunakan Salman adalah untuk meningkatkan hasil ekonomi dan memerangi faham ekstremis, selain mengembalikan amalan ‘Islam Moderat’.

Beliau bagaimanapun menyifatkan alasan tersebut hanya untuk mengaburi mata umat Islam terhadap agenda liberalisasi Arab Saudi oleh putera raja itu sedangkan ia akan menyebar banyak kejahatan.

ADUN Semenyih itu berhujah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bersabda di hadapaj Zainab Jahsyi RA mengenai kecelakaan terhadap orang Arab oleh kejahatan yang hampir tiba kepada bangsa tersebut.

- Advertisement -

Kata Baginda, sebahagian tembok Yakjuj dan Makjuj telah terbuka yang diisyaratkan dengan bulatan dari jari telunjuk dan ibu jarinya di mana akui Rasul akhir zaman itu bahawa kebinasaan tersebut juga akan tersebar kepada orang-orang soleh.

“(Tahun) 2022 menyaksikan Syeikh Saleh Al-Talib, mantan Imam Masjidil Haram dipenjarakan 10 tahun kerana mengecam penganjuran konsert tersebut.

“Kini, keizinan semula untuk kedai arak beroperasi hanya akan merancakkan lagi industri dosa yang mengundang murka Allah. Sekalipun mungkin menaikkan hasil ekonomi, tidak akan berkat apabila perintah Allah sengaja diderhakai.

Hasbunallah wa ni’mal wakil (Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya Penolong kami),” ucapnya. – HARAKAHDAILY 26/1/2024

- Advertisement -