Muslim dinasihat jangan ada sikap menghina ulama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Shafie Ngah menegur tindakan segelintir orang Islam yang memperbodoh, mempermain dan menghina ulama.

Katanya, ketahuilah bahawa para ulama melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka dalam agama, berasaskan ilmu dan faham yang Allah kurniakan kepada golongan tersebut.

Jelasnya, orang Islam boleh sahaja berbeza pendapat dengan para ulama, juga tidak menuruti jalan atau pendekatan yang dibawa seseorang ulama, tetapi jangan sesekali menghina mereka.

ADUN Sungai Ramal itu memetik pengajaran pernah disampaikan mengenai kedudukan orang yang menghina ulama yang boleh dibahagikan kepada dua golongan dalam kalangan orang Islam.

- Advertisement -

Pertama menurutnya, mereka menghina ulama kerana tidak bersetuju dengan pegangan teguh kepada al-Quran dan sunnah, dan kedua kalangan penghina ulama kerana bersangka buruk terhadap golongan tersebut.

“Antara lain dengan bersikap pesimis terhadap mereka. Bagi yang pertama, akibatnya adalah, sama ada kafir atau murtad. Bagi yang kedua pula, haram, berdasarkan nas yang banyak,” ujarnya.

Perkongsian tersebut katanya yang juga pengamal undang-undang syariah agar saling mendapat manfaat daripada intipati tersebut. – HARAKAHDAILY 26/1/2024

- Advertisement -