Pasir Puteh dilanda banjir

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu, menyebabkan Kelantan turut dilanda banjir dengan jumlah mangsa terkini seramai 123 orang daripada 42 keluarga.

- Advertisement -

Mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changgai, dekat sini menjadikan Jajahan Pasir Puteh menjadi kawasan pertama dilanda banjir.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gaal, Mohd Rodzi Ja’afar berkata, sebelum itu seramai 10 orang mangsa ditempatkan di rumah saudara-mara dan penghulu mukim.

“Enam mangsa banjir yang terdiri dari kaum wanita (warga emas) telah berjaya diselamatkan ketika air paras paha dan ada sampai paras dada ketika dibawa keluar oleh pasukan penyelamat,” katanya.

Beliau melahirkan rasa syukur dengan bantuan pasukan penyelamat, akhirnya kebanyakan warga emas yang uzur, asma dapat dibawa keluar dari rumah masing-masing.

Katanya lagi, pasukan penyelamat iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Putih, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penghulu-penghulu mukim turut membantu menyelamatkan mangsa banjir. – HARAKAHDAILY 24/1/2024

- Advertisement -