Kelantan United FC bakal dijenamakan semula

Barisan pemain Kelantan United Football Club. (FOTO: Facebook@Kelantan United Football Club)
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan United Football Club (KUFC) telah mengatur beberapa strategi bagi memastikan saingan lebih hebat berbanding sebelumnya dapat diberikan dalam semua perlawanan bola sepak musim 2024/25.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, perancangan bagi penjenamaan semula kelab bola sepak itu dengan nama baharu merupakan antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa KUFC.

- Advertisement -

Selain itu katanya, memastikan pengurusan kewangan yang lebih baik dan pendapatan kelab yang lebih tinggi melalui perolehan daripada penjanaan syarikat, kelab dan penajaan.

Pada masa sama, menurutnya pengurusan KUFC akan memperhebatkan promosi kelab bagi menarik sokongan ramai kepada kelab bagi musin ini.

Rozi Muhamad menjelaskan perancangan bagi penjenamaan semula kelab bola sepak itu dengan nama baharu adalah antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa KUFC.

“Kita juga akan menambahbaik hubungan dan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri bagi memastikan kecemerlangan serta kemajuan sukan bola sepak di Kelantan,” katanya ketika ditemui HarakahDaily, di sini.

Beliau memberitahu, beberapa hari lalu pihaknya telah mengadakan pertemuan dan bermesyuarat dengan anggota jawatankuasa untuk menjayakan hasrat berkenaan.

“Mesyuarat berkenaan turut dihadiri pegawai-pegawai serta Anggota Jawatankuasa KUFC dan lain-lain yang terlibat,” katanya.  HARAKAHDAILY  24/1/2024

- Advertisement -