Google buang lagi 100 pekerja, diganti AI

Selepas memberhentikan kira-kira 12,000 pekerjanya pada tahun lepas, Google mengumumlkan akan mengurangkan lagi jumlah pekerja bagi pada tahun untuk dihentikan dengan teknologi AI. (FOTO: YouTube@AIRevolution)
- Advertisement -

SAN FRANCISCO: Selepas memberhentikan kira-kira 12,000 pekerjanya pada tahun lepas, kira-kira 6 peratus daripada tenaga kerjanya dalam menghadapi inflasi dan kenaikan kadar faedah, terbaharu Google telah membuang 100 lagi pekerja kerana mahu memberi tumpuan kepada keutamaan baharu, termasuk kecerdasan buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai sehubungan itu telah mengeluarkan amaran kepada pekerjanya bahawa lebih banyak pemberhentian akan dilaksanakan selepas ini.

- Advertisement -

“Penyingkiran pekerja kali ini bukan pada skala pengurangan pada tahun lalu, dan tidak akan menyentuh setiap pasukan. Namun, saya tahu amat sukar untuk melihat rakan sekerja dan pasukan terjejas,” kata Pichai dalam e-mel kepada kakitangan, lapor AFP pada Khamis, waktu tempatan.

“Banyak daripada perubahan ini telah pun diumumkan, walaupun untuk didahulukan, beberapa pasukan akan terus membuat keputusan peruntukan sumber khusus sepanjang tahun di mana perlu, dan beberapa peranan mungkin terjejas,” tambahnya.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas syarikat itu memberhentikan kira-kira 100 pekerja di cabang YouTubenya, seperti yang dilaporkan TechCrunch.

Sementara menurut New York Times, pekerja YouTube mempunyai tempoh dua bulan untuk mencari kerja baharu dalam syarikat sebelum pemecatan mereka berkuat kuasa.

Terdahulu syarikat konglomerat  itu pada  Selasa juga mengesahkan ia menghapuskan ‘beberapa ratus’ jawatan daripada pasukan iklan globalnya, di tengah-tengah desakan untuk menggunakan AI bagi  kecekapan dan kreativiti.

Dalam satu kenyataannya Google berkata, pengurangan jumlah pekerja kepada pasukan jualan ‘pelanggan besar’ bertujuan untuk menghasilkan sokongan yang lebih baik untuk pengiklanan perniagaan kecil dan sederhana di platform itu.

Sejak awal tahun 2024, raksasa teknologi Amazon juga telah mengurangkan jumlah  kakitangan, menyasarkan ratusan orang di unit hiburannya Twitch, Prime Video dan Amazon MGM Studios.

Sejak akhir 2022 pula, gergasi teknologi AS itu telah memberhentikan puluhan ribu kakitangan dalam pemberhentian yang tidak pernah berlaku sebelum ini selepas mengambil pekerja secara berlebihan ketika era pandemik Covid-19.

Pemilik Facebook Meta pula telah memberhentikan lebih 20,000 pekerja dalam tempoh itu, dan secara keseluruhan Amazon telah memberhentikan 27,000 pekerjanya.  HARAKAHDAILY  19/1/2024

- Advertisement -