Gunung Medan destinasi ‘healing’ terbaru di Perlis

- Advertisement -

KANGAR: Gunung Medan yang terletak di Utan Aji, muncul sebagai destinasi menarik di negeri ini.

- Advertisement -

Ia bukan sahaja menjadi tempat istimewa bagi para pengunjung untuk berehat setelah seharian bekerja malah mempunyai keindahan alam warna-warni bandar Kangar.

Lokasi tersebut bukan sahaja menawarkan pemandangan yang memukau, tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai ketenangan di tengah-tengah alam semula jadi.

Justeru itu, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta rombongan kerajaan, meluangkan masa melawat Gunung Medan Glass Cafe & Glamping, Jumaat lalu.

Perasmian cafe turut disertai isteri Menteri Besar, Najwa Othman; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Wan Badariah Wan Saad dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wan Zikri Afthar. (Foto atas)

Selepas perasmian, pemimpin kerajaan mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Saat berharga itu menunjukkan keprihatinan pihak berkuasa terhadap kesejahteraan rakyat, sambil menyinari destinasi unik Perlis.

Dengan gabungan keindahan alam dan inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pelancongan, Gunung Medan Glass Cafe & Glamping semakin meneguhkan posisinya sebagai destinasi yang menawan dan memberikan pengalaman ‘healing’ kepada pengunjung. – HARAKAHDAILY 8/1/2024

- Advertisement -