Ugut Ahli Parlimen: Tidak berperlembagaan, memalukan negara

- Advertisement -

HANTARAN Facebook aku sebelum ni mengenai perubahan sokongan dalam Parlimen menyebabkan ramai walanon kepanasan. Aku pelik kenapa mereka rasa kepanasan? Sedangkan aku tulis berdasarkan hak yang dijamin dalam Perlembagaan.

Sekali lagi aku nak tegaskan, aku tak kata akan ada perubahan sokongan atau apa yang disebut ‘Langkah Dubai’. Aku hanya komen gelabah sesetengah pihak yang membawa cerita ni (rujuk JKOM dan Mat Maslan). 

Berbalik kepada sokongan Ahli Parlimen, walaupun ada akta lompat parti, Perkara 43 (4) dalam Perlembagaan Malaysia masih lagi termaktub dan apabila Perdana Menteri sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan. 

Peralihan sokongan ni bukan benda baru, negara maju yang lain juga menjamin kebebasan untuk Ahli Parlimen mengundi secara bebas dalam Parlimen mereka. 

Sebagai contoh di Parlimen United Kingdom baru ni ada pengundian bagi menyokong usul gencatan senjata di GZ. Dalam pengundian, terdapat Ahli Parlimen dari Labour Party yang mengundi bersetuju dengan usul tersebut walaupun Labour Party menolak usul tersebut.

Begitu juga di Parlimen Perancis apabila parti memerintah mahu meluluskan undang-undang imigresen yang baru, namun tidak dipersetujui oleh Ahli Parlimen dari Centrist Party yang memerintah Perancis. Mereka mengundi menolak undang-undang tersebut.

Di Pakistan juga ketika Imran Khan digulingkan, terdapat beberapa Ahli Parlimen yang bersama ketika penubuhan Kerajaan bersama Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) kemudiannya menarik sokongan dan bersama pakatan pembangkang menyokong usul undi tidak percaya.

Apa yang walanon gagal faham adalah, lompat parti dan peralihan sokongan adalah dua perkara berbeza. Lompat parti adalah apabila Ahli Parlimen sesuatu parti meninggalkan parti yang diwakilinya ketika pilihan raya, dan menyertai parti lain. Perkara ini sudah ada akta yang menyekat iaitu akta lompat parti. 

Manakala menyokong usul atau mengalihkan sokongan dalam Parlimen namun kekal bersama parti asal adalah hak yang dijamin Perlembagaan. Perkara ni telah pun berlaku apabila beberapa Ahli Parlimen dari BERSATU mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri ke-10 (PMX) namun kekal bersama BERSATU.

Tindakan mengugut Ahli Parlimen daripada membuat keputusan sokongan juga adalah sesuatu yang memalukan negara di peringkat antarabangsa. 

Takkan Umno dan Pakatan Harapan nak jadi macam Korea Utara? Takkan Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi nak jadi macam Kim Jong Un? 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/1/2024 

Sumber Asal: https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0FBrP95J1KzJPrnjkiLeJbVSkMQxzjSyPNsryzaLMQq9WmoJuGh6oKZc9LyUbquoQl/?mibextid=CDWPTG 

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -