Pemimpin pembangkang Korea Selatan ditikam depan wartawan

Lee Jae-myung dibantu selepas ditikam di bahagian lehernya di Busan, Korea Selatan pada hari ini, Selasa, 2 Jan 2023. (FOTO: Yonhap/AFP)
- Advertisement -

SEOUL: Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung diserang ketika bercakap dengan wartawan di bandar pelabuhan Busan.

Imej yang disiarkan di saluran televisyen Korea Selatan menunjukkan Jae-myung dari Parti Demokrat diserang seorang lelaki yang tidak dikenali yang menurut Pejabat kecemasan Busan ketika itu sedang melawat tapak lapangan terbang yang sedang dalam peringkat cadangan.

- Advertisement -

Beliau kemudian terjatuh di atas tanah ketika seseorang menekan sapu tangan di lehernya dalam kejadian pada hari ini, Selasa (2 Jan), lapor agensi berita Yonhap.

Video di media sosial kelihatan menunjukkan seorang lelaki lelaki berusia lingkungan 50-an atau 60-an menerkam Jae-myung  sebelum  memukulnya dengan sesuatu di lehernya ketika beliau sedang bercakap kepada sekumpulan wartawan. 

Jae-Myung kemudian kelihatan rebah apabila ramai orang, termasuk jurukamera, mengerumuninya.

Seorang saksi memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa suspek memberitahu Jae-myung bahawa dia ialah penyokongnya dan  mahukan autografnya, lapor AP pula. 

“Lelaki itu kemudian menggunakan senjata yang kelihatan seperti pisau, lalu  menikam Lee di leher,” ujar saksi.

Sementara Yonhap melaporkan, Jae-myung berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital, dan penyerang yang tidak dikenali itu telah ditahan di tempat kejadian.

Terdahalu, Jae-myung yang merupakan Ketua Parti Demokrat  tewas kepada Ketua Parti Konservatif, Yoon Suk Yeol dalam pilihan raya presiden yang sengit tahun lalu.

Sehubungan itu, Presiden Yoon dalam kenyataannya melalui jurucakapnya menyatakan ‘kebimbangan mendalam mengenai serangan itu.

Merupakan seorang bekas pekerja kilang kanak-kanak yang mengalami kemalangan perindustrian sebagai remaja tercicir sekolah, Jae-myung menjadi terkenal dalam politik sebahagiannya dengan menerusi kehidupan sukarnya sebelum berubah menjadi kaya.  HARAKAHDAILY  2/1/2024

- Advertisement -