Jangan masuk campur urusan orang Islam

Mohamed Sukri Omar
- Advertisement -

TIDAK sedar diri! Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan cadangan seorang ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang mahu orang bukan Islam turut terlibat bagi penubuhan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

- Advertisement -

Adakah ketika DAP berkuasa kini, segala tindakan dan keputusan orang Islam memerlukan perkenan orang bukan Islam untuk dilaksanakan? Apakah PMX hanya berdiam diri atau tidak berani menegur sikap keterlaluan pimpinan DAP ini?

Inilah contoh bahawa DAP sangat tidak menghormati institusi beraja di dalam negara ini. Bahkan mereka lebih rakus berbanding penjajah British sebelum ini. Tidak malukah DAP kepada penjajah British yang tidak berani campur tangan dalam soal Islam dan Melayu sewaktu menjajah Tanah Melayu dahulu? Tetapi DAP nampaknya tidak segan silu mahu menguasai segalanya.

Ngeh Koo Ham jelas telah melanggar etika 3R kerana telah membuat provokasi secara sekali gus terhadap institusi agama Islam dan institusi beraja di negara ini. Cadangan dan kenyataannya ini sangat mengancam keharmonian negara.

Sebelum memberi cadangan sebegini, Ngeh Koo Ham sepatutnya memberi tumpuan kepada institusi pendidikan yang menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini.

Beliau sepatutnya perlu lebih risau dengan naratif sekolah jenis kebangsaan menjadi kilang memproses individu-individu rasis yang tidak faham asimilasi hidup di Malaysia hingga ada yang langsung tidak boleh bercakap Bahasa Melayu. Isu berkenaan agama Islam ini langsung tiada kaitan dengannya.

Sekali lagi, jangan sesekali melakukan tindakan bodoh untuk cuba menjolok sarang tebuan. Sebelum ini isu pilihan raya PBT, sekarang isu ini, selepas ini apa pula yang mahu DAP usik?

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 29/12/2023

- Advertisement -