Tanpa keberanian MP Umno agenda DAP boleh jadi realiti

Dr Wan Nik Wan Yusoff
- Advertisement -

KOTA BHARU: Tanpa ada keberanian ahli-ahli parlimen (MP) Umno tentunya agenda DAP menuntut pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) boleh menjadi kenyataan.

- Advertisement -

Begitu juga cadangan melaksanakan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya yang dilihat boleh memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH) dengan didominasi DAP.

Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, keberanian serupa boleh dipamerkan ahli parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya ahli parlimen Umno yang mempunyai semangat Melayu tinggi masih berpeluang mengelakkan agenda DAP menjadi kenyataan kerana ia melibatkan masa hadapan ketuanan Melayu dan Islam.

“Biarpun pemimpin kanan Umno menyebut ahli parlimen yang beralih sokongan perlu membayar bon denda RM100 juta,” katanya di sini.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil Kemaman November lepas Setiausaha Agung Umno Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilapor berkata ahli parlimen Umno menandatangi perjanjian kena bayar bon denda sebanyak RM100 juta kalau ingkar arahan parti.

Menurutnya tiada wakil rakyat parti itu akan berpaling tadah menyokong PN memandangkan mereka menandatangani perjanjian sebelum PRU15 dan terikat dengan Akta Anti-lompat Parti.
Dr Wan Nik juga berkata, ugutan ahli parlimen Umno yang beralih sokongan kena bayar bon denda RM100 juta boleh ditafsirkan mahkamah nanti.

Kata beliau ahli parlimen Umno yang mempunyai semangat Melayu-Islam belum terlambat untuk memastikan orang Melayu dan bukan Bumiputera lebih terbela pada hadapan.

“Tapi kena ada keberanian. Begitu juga wakil rakyat GPS dan GRS tentunya tidak mahu melihat rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang.

“Banyak kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak belum mempunyai kemudahan asas yang sempurna tentunya lebih terbeban dengan peningkatan kos sara hidup,” ujarnya.

Beliau juga berkata, isu peningkatan kos sara hidup, PH gagal melaksana manifesto pilihan raya dan agenda DAP boleh menjadi titik tolak ahli parlimen Umno, GPS dan GRS mencorak masa hadapan politik lebih sejahtera. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

- Advertisement -