Bomba selamatkan keluarga terperangkap banjir

- Advertisement -

DUNGUN: Sebuah keluarga di Kampung Padang Pulut, di sini yang terperangkap banjir berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dalam satu operasi menyelamat.

- Advertisement -

Ketua Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, operasi menyelamat itu melibatkan sebuah keluarga dengan kanak-kanak perempuan berumur enam tahun yang mengalami demam.

Menurutnya, misi menyelamat itu bermula pada pukul 10.30 pagi dan tamat pada jam 11.05 pagi.

Menurut beliau, rumah mangsa tersebut berada di atas bukit yang telah dikelilingi air dan menjadi pulau.

“Pihak bomba perlu mengharungi 500 meter dengan menaiki bot fiber melalui paras ketinggian 4 meter kedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Padang Pulut, di sini, hari ini.

Tambah Shahrizal, seramai tujuh anggota terlibat dalam misi berkenaan dan seorang Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Pulut.

“Misi tersebut berjalan lancar dan mangsa berjaya diselamatkan,” ujarnya.

Ketika ini, hujan sudah mula behenti dan banjir juga semakin surut di beberapa tempat di Dungun. – HARAKAHDAILY 28/12/2023

- Advertisement -