Pilihan Raya PBT: Azhar Yahya bersiaran secara langsung malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas kenyataan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berhubung isu perdana menteri bukan Melayu, terkini muncul pula Tan Kok Wai (ketiga-tiganya sudah tentulah orang kuat DAP) mengulangi hasrat lama ‘dinasti Lim’ untuk pilihan raya PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) di Kuala Lumpur.

Cadangan Tan itu kononnya adalah usaha bagi menegakkan demokrasi, selain mampu menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu negara yang mampan, mengamalkan tadbir urus berkesan, bersih dan berpaksikan rakyat.

- Advertisement -

Nampaknya berderet-deret agenda DAP yang cuba mencabar ketuanan orang Melayu di negara yang pernah dikenali dengan nama Tanah Melayu ini, sudah tentulah dikhuatiri mengandungi agenda melemahkan Melayu-Islam di negara ini.

Bukan sahaja PAS, malah rakan sekutu DAP dalam Kerajaan Perpaduan, Umno sendiri dilihat menentang keras cadangan itu yang dikhuatiri secara tidak langsung mampu melaksanakan hasrat DAP untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh kaum Cina, khususnya sudah tentu daripada DAP.

Sehubungan itu, segala isu dan persoalan berbangkit berkaitan Pilihan Raya PBT merupakan topik penting untuk dikupas bukan setakat untuk menjadi renungan tetapi sebagai teras perjuangan masa kini untuk masa depan dalam mempertahankan ketuanan Melayu-Islam di negara ini.

Untuk itu, pada jam 9.30 malam ini, Rabu, 20 Dis 2023, akan diadakan program siaran langsung Bicara Harakah berjudul, Pilihan Raya PBT: Adakah Malaysia Bersedia? Yang i akan mengupas segala-galanya tentang isu ‘panas’ berkenaan.

Figura yang muncul dalam program itu nanti ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Al Fadhil Ustaz Azhar Yahya, dengan penampilan Suffi Kamari selaku moderator.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput menyertai program bual bicara itu yang boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook dan TikTok HarakahDaily, selain YouTube Harakah TV.  HARAKAHDAILY 20/12/2023

- Advertisement -