Penyatuan Ummah jalan keluar isu persempadanan semula

- Advertisement -

ISU persempadanan semula akan menjadi persimpangan utama politik negara untuk satu masa akan datang. 

Jika tiada kehendak politik ke arah Penyatuan Ummah yang kuat, bukan sahaja kuasa politik umat Islam akan terhakis, bahkan hasrat veteran DAP memiliki seorang Perdana Menteri daripada bukan-Islam akan direalisasi.

Apa maknanya semua itu? Kita hanya merenung nasib bangsa sendiri yang terpinggir di tanah air sendiri. Itu realitinya yang sedang meniti di hadapan kita pada masa hadapan. 

Persempadanan semula adalah manifesto PH yang ditunjangi oleh DAP. Tujuannya untuk terus mencengkam politik pentadbiran negara dalam jangka masa panjang. Dalam erti kata lain adalah melemahkan kuasa Melayu-Islam. 

Mereka akan berlindung atas nama ketidakseimbangan kawasan pilihan raya (malapportionment) dan strategi ‘gerrymandering’. Malangnya pendekatan untuk mengangkat keadilan kawasan pengundian dalam negara didorong oleh kepentingan tertentu. 

Masa depan politik Melayu-Islam akan selamat jika gagasan politik Penyatuan Ummah kembali menerajui dasar politik negara. 

Gagasan Penyatuan Ummah adalah jalan keluarnya. Kita harus hadapi persempadanan semula dengan prinsip Penyatuan Ummah yang jelas.

YB USTAZ SALIM MAHMOOD AL-HAFIZ
Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 20/12/2023 

- Advertisement -
- Advertisement -