Diplomat tertinggi Iran, Ketua Hamas adakan pertemuan di Qatar

Hossein Amir-Abdollahian (kiri) bertemu dan mengadakan perbincangan dengan Ismail Haniyeh mengenai perkembangan terkini di Semenanjung Gaza di Doha, Qatar pada 19 Dis 2023. (FOTO: Mehr)
- Advertisement -

DOHA: Pertemuan antara diplomat tertinggi Iran dan ketua biro politik Hamas diadakan di Doha, ibu negara Qatar.

Ketika berada di Doha, menteri luar Iran itu dijadualkan meninjau perkembangan terkini serantau termasuk situasi Palestin dengan pegawai Qatar.

- Advertisement -

Mengadakan rundingan mencari jalan untuk menghentikan krisis di Gaza juga merupakan antara rancangan lawatan ke Doha, lapor agensi berita Mehr.

Bercakap kepada pemberita selepas bertemu menteri luar Iran pada malam Selasa, waktu tempatan, Ismail Haniyeh berkata bahawa pencerobohan rejim Zionis Israel yang berterusan terhadap penduduk Gaza tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beliau seterusnya berkata bahawa rejim Zionis dan sekutunya menyangka bahawa mereka boleh memusnahkan penentangan oleh Hamas, tetapi selepas 75 hari rejim melakukan jenayah dan pembunuhan beramai-ramai, ia masih kukuh di lapangan dan telah menyebabkan kerosakan besar kepada Israel.

“Negara Palestin telah menunjukkan tentangan yang unik walaupun dengan harga yang mahal yang telah mereka bayar,” tegas Haniyeh.

Beliau turut memuji usaha politik Republik Islam Iran berhubung gencatan senjata di Semenanjung Gaza.  HARAKAHDAILY 20/12/2023

- Advertisement -